Jenayah

Banjir di Terengganu makin buruk, 8,613 mangsa dipindahkan

KUALA TERENGANU: Daerah Besut kekal daerah paling teruk dilanda banjir di negeri ini apabila mencatatkan bilangan mangsa paling ramai yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

Mengikut jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, setakat pada jam 9.30 pagi ini, 8,613 mangsa membabitkan 2,507 keluarga berada 122 pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

Daerah Besut mencatatkan paling teruk dilanda bencana itu apabila seramai 3,257 mangsa daripada 1023 keluarga dipindahkan ke 45 pusat pemindahan.

Daerah Dungun, seramai 2,231 mangsa membabitkan 576 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan manakala di Kemaman, seramai 1,925 mangsa daripada 519 keluarga berada di 18 pusat pemindahan.

Selain itu, seramai 964 mangsa membabitkan 301 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Hulu Terengganu dan 271 mangsa daripada 70 keluarga berpindah ke 10 pusat pemindahan bagi daerah Setiu.

Di Marang, seramai 21 mangsa daripada tujuh keluarga berpindah ke satu pusat pemindahan manakala Kuala Terengganu, seramai 43 mangsa membabitkan 11 keluarga berada di tiga pusat pemindahan.

Sementara itu, laporan Bahagian Hidrologi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, kebanyakan stesen hujan mencatatkan hujan kembali lebat bermula malam tadi di semua daerah kecuali Kemaman dan Dungun.

Sungai Dungun di Kuala Jengai melepasi paras bahaya 21.60 meter daripada paras bahaya 21 meter); Sungai Dungun di Jambatan Jerangau 13.42m melepasi parasi bahaya 12.50 meter dan Sungai Telemong di Kuala Ping 20.02 meter melepasi paras bahaya 20 meter.

Sungai Chalok di Jambatan Chalok mencatatkan paras air 7.56 meter melepasi amaran waspada 7 meter.

Selain itu, dua sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap mencatatkan 21.25 meter daripada 20.80 meter dan Sungai Marang di Pengkalan Berangan 2.37 meter daripada 2.30 meter.

Jalan Bukit Perah/Kampung Jak/Kampung Kejir ditutup kepada semua kenderaan apabila laluan itu dinaiki air setinggi dua meter dan Jalan Chukai – Air Putih di Kampung Pasir Gajah turut ditutup apabila dinaiki air tiga meter.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");