Berita Hari Ini

BR1M 4.0 hujung Januari

Teluk Intan: Bayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 akan mula dibuat selewat-lewatnya hujung Januari 2015, selepas semua proses kemas kini maklumat bagi penerima lama dibuat dan permohonan baru dinilai sama ada layak atau tidak menerima bantuan berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tarikh tutup kemas kini maklumat dan permohonan baru pada 31 Disember ini dan orang ramai yang masih belum berbuat demikian diminta segera melakukannya bagi mengelakkan sebarang kesulitan pembayaran.

Katanya, bagi penerima lama yang sudah menerima bantuan terbabit sebelum ini, mereka diminta untuk mengemas kini maklumat kerana khuatir akan timbul masalah pembayaran susulan maklumat penerima tidak lengkap.

“Ini kerana kadang-kadang kami hadapi masalah pembayaran apabila ada penerima yang sudah meninggal dunia dan tiada pewaris di dalam borang permohonan sebelum ini, maka urusan pembayaran pampasan kepada waris sukar dilakukan.

“Jadi kita minta kepada semua yang sudah menerima BR1M supaya kemas kini maklumat dan kami juga sudah hantar surat kepada mereka berhubung perkara ini dan mohon mereka melakukannya sebelum tamat tempoh pada 31 Disember ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak, di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");