Sukan Hari Ini

Chelsea, Manchester City terus kukuh cengkaman

LONDON: Chelsea dan Manchester City mengukuhkan cengkaman masing-masing dalam buruan gelaran Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Dua kelab gergasi itu merakamkan kemenangan ke atas pasukan yang sedang bergelut untuk terus menjauhkan diri daripada pencabar lain.

Di Stamford Bridge, Chelsea mengekalkan kelebihan tiga mata ke atas City dengan kemenangan 2-0 ke atas Hull City hasil jaringan Eden Hazard pada minit ke-7 dan Diego Costa, minit ke-68.

Perlawanan itu juga menyaksikan Tom Huddlestone dilayangkan kad merah.

Man City mengekalkan rentak kemenangan untuk terus menghambat Chelsea dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab tercorot, Leicester City.

Pemain veteran, Frank Lampard menjadi wira pasukan dengan gol pada minit ke-40 di Stadium King Power.

Sementara itu, pasukan tempat keempat, West Ham sekadar mampu seri 1-1 ketika menentang Sunderland manakala derita Southampton berterusan apabila tewas kepada Burnley 1-0 hasil jaringan minit ke-73 Ashley Barnes. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");