Sukan Hari Ini

Chelsea sudah juara: Mourinho

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho menjelaskan kedudukan pasukannya di puncak liga menjelang perayaan Krismas diibaratkan seperti sudah menjuarai Liga Perdana Inggeris, musim ini.

The Blues menambah koleksi tiga mata awal pagi semalam, selepas menumpaskan Stoke City, 2-0 di Stadium Britannia.

Gol Chelsea disumbangkan John Terry seawal minit kedua dan Cesc Fabregas melengkapkan kemenangan, m-78.

“Kami harus kekal fokus dalam tiga perlawanan terakhir tahun ini. Tugas sulit apabila perlu berdepan West Ham United, Jumaat ini.

“Perbezaan tiga mata dengan Manchester City juga adalah keuntungan yang kecil dan kami puas dengan apa yang kami peroleh setakat ini,” kata Mourinho.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");