Sukan Hari Ini

Chelsea tampil kualiti tundukkan Stoke – Mourinho

STOKE: Jose Mourinho menghambur pujian kepada barisan pemain Chelsea yang berjaya menyaingi persembahan bersemangat Stoke City dan mencatat kemenangan 2-0, awal pagi tadi.

Gol daripada kapten, John Terry pada minit kedua permainan dan Cesc Fabregas, 10 minit sebelum permainan berakhir menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kembali menjarakkan kedudukan dengan Manchester City kepada tiga mata.

“Ia kemenangan yang lebih bermakna daripada mendapat tiga mata, bukan saja kerana ia sukar namun untuk menang di sini kamu perlu memiliki kualiti,” kata pengurus Chelsea, Mourinho.

“Semua pemain bermain dalam satu pasukan, mereka bersama, bekerjasama dengan baik dan berjaya mengharungi gaya perlawanan yang sukar.

“Pemain kreatif kami tidak takut, pemain pertahanan kami beraksi cemerlang. Hanya dengan persembahan berpasukan yang hebat memiliki peluang untuk menewaskan Stoke,” katanya.

Chelsea membuka tirai jaringan menerusi serangan pertama yang dibuat pada perlawanan itu dengan Terry kembali meletakkan nama selaku penjaring selepas hampir dua tahun.

Begitupun, kekasaran yang dibuat pertahanan Stoke, Phil Bardsley, terhadap Eden Hazard selepas itu lebih mendapat perhatian Mourinho.

“Daripada kedudukan saya, ia adalah kad merah namun saya tidak tahu, apa yang saya tahu ia terjahan yang buruk, ia satu-satunya dalam perlawanan itu,” katanya. – Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");