Membawang Hari Ini

Cico Harahap, Fernie sudah empat bulan bertunang

KUALA LUMPUR: Pelakon Cico Harahap, 36, atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin kini sudah bertunang dengan gadis bernama Fernie sejak empat bulan lalu.

Cico sebelum ini pernah berkahwin dan bergelar duda sejak empat tahun.

Anak kesayangan Uji Rashid ini pernah berkahwin dengan Elle pada 25 Februari 2008 di Songkla, Thailand. Namun jodoh tak panjang dan mereka dikurniakan anak perempuan yang sangat comel bernama Rindu Nur Fitrah.

“Kami banyak berkongsi minat yang sama termasuklah dalam bidang kecergasan. Tapi setakat ini belum lagi ada perancangan nak kahwin.

“Lagipun anak saya mulakan persekolahan tahun depan. Memang anak keutamaan saya kini. Saya kenal dia sejak dua tahun lalu.

“Bagi saya status duda ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup saya. Ibu saya sendiri bergelar ibu tunggal.

“Jadi masa saya sejak kecil memang kebanyakan dihabiskan dengan ibu. Cuma sekarang bezanya saya sudah ada anak.

“Jadi tak kisah kalau ada soal pengganti atau tidak. Tapi kalau ada itu ia bonus dan saya gembira bertemu dia (Fernie). Pendek kata kehidupan saya masih sama. Saya banyak mengembara dengan anak. Tak kosong pun hidup ini,” kata Cico yang ditemui BH Online di Leha Fitness, Taman Melati, Ahad lalu ketika menyertai sesi mini bootcamp dan zumba anjuran Tuty D’adza.

Dalam perkembangan lain, Cico memberitahu beliau masih menerima tawaran berlakon biarpun aktif mengajar menyelam di pulau di Malaysia dan menjadi jurulatih kecergasan peribadi.

“Cuma sekarang saya faham senario ramai pelakon baru dan top yang menjadi pilihan produksi. Hingga ada yang terlepas pandang kehadiran saya. Tapi saya bersyukur tawaran berlakon itu masih ada.

“Pengarah Kabir Bhatia dan Aziz M Osman antara yang terus memberi peluang kepada saya. Alhamdulillah. Kalau ada yang nak menjadikan saya jurulatih kecergasan peribadi bolehlah berhubung dengan saya di laman Instagram @cicoharahap,” katanya yang baru saja muncul dengan filem Dollah Superstar.

Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti kecergasan termasuk berzumba boleh hubungi talian 014-2335336.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");