Sukan Hari Ini

Citizen bergaya

London: Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini memuji persembahan pasukannya selepas mereka berjaya mengatasi Southampton 3-0 walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Kemenangan itu membolehkan skuad juara bertahan itu melonjak mengatasi Southampton di tempat kedua dan ketinggalan enam mata berbanding Chelsea.

“Kami menewaskan pasukan yang hebat,” kata Pellegrini. “Mereka menduduki tangga kedua liga dan saya percaya mereka berhak berada di situ.”

Yaya Toure membuka jaringan pada minit ke-51 di Stadium St Mary sebelum pertahanan tengah Eliaquim Mangala dilayangkan kad merah.

Gol yang terhasil pada 10 minit terakhir menerusi Frank Lampard dan Gael Clichy memastikan kemenangan buat pelawat.

Walaupun menang selesa, kegembiraan City sedikit tergugat apabila Vincent Kompany berdepan kecederaan mengakibatkan mereka menamatkan permainan dengan sembilan pemain.

“Kami tidak tahu sama ada Vincent Kompany mengalami kecederaan hamstring. Kami perlu dapatkan pandangan doktor terlebih dulu,” kata Pellegrini. “Kami terpaksa mengeluarkannya sebagai langkah berjaga-jaga. Kami tidak pasti sama ada ia kejang atau cedera.”

Kekalahan Southampton itu yang pertama di tempat sendiri sejak April lalu.

“Anda pasti sedar setiap kali melakukan kesilapan, anda pasti dihukum,” kata pengurus Southampton Ronald Koeman.

“Kami tidak bermain dengan baik dan perlu sedar keadaan itu,” kata bekas pemain antarabangsa Belanda itu. – AFP

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");