Sukan Hari Ini

City tidak mahu gagal lagi

MANCHESTER City bertekad mahu mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Dua tahun lalu, The Citizen gagal mempertahankan kejuaraan dan terpaksa menyerahkan trofi EPL kepada musuh tradisi, Manchester United sebelum kembali merampasnya, musim lalu.

Kali ini, skuad bimbingan Manuel Pellegrini tidak mahu kegagalan dua tahun lalu berulang musim ini.

“Kami pernah gagal dan kami tidak mahu gagal lagi. Kami sedar apa yang berlaku saat berdepan kegagalan.

“Apa yang penting adalah kami perlu kekal fokus. Walaupun berdepan dengan aksi yang buruk, kami perlu terus bangkit untuk menjuarai musim ini,” kata penjaga gol nombor satu City, Joe Hart.

City kini menghuni tangga kedua liga dengan 39 mata, dibezakan tiga mata dengan Chelsea yang berada di puncak liga.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");