Perak Hari Ini

Deligasi Dari Negara China Buat Kunjungan Hormat Ke Perak

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat deligasi daripada China National Committee Of The Chinese People’s Political Consultative Conference (CPPCC) di kediamannya hari ini.

Deligasi yang diketuai Naib Pengerusinya, Chen Xiaoguang turut disertai 7 wakil ahli dan 6 kakitangan badan organisasi tersebut.

Perjumpaan kali ini juga turut disertai barisan Exco Negeri antaranya  Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan EXCO Penerangan,Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan Datuk Saarani Mohamad.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan.

Perjumpaan organisasi patriotik Barisan Bersatu Rakyat Cina ini merupakan perjumpaan dua hala di antara pemimpin Perak dan China dalam mengeratkan hubungan yang terjalin selama ini.

Perak merupakan lokasi ketiga kunjungan deligasi ini selepas Kuala Lumpur dan Melaka.

Para delagasi juga dibawa melawat sekitar bandaraya Ipoh seperti Stesen Keretapi (KTM) dan Kuil Gua Perak dekat jalan Kuala Kangsar sejurus perjumpaan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");