Jenayah

Digigit GRO panik

Johor Bahru: Seorang wanita warga Vietnam cedera di kaki selepas terjun dari tingkat empat ke tingkat tiga sebuah pusat beli-belah ketika melarikan diri dalam pemeriksaan polis di sebuah premis hiburan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 42 tahun itu yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan dikatakan panik sebelum terjun setinggi lima meter selepas menyedari kehadiran sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 8.45 malam.

Berikutan itu, bantuan kecemasan diberikan kepada wanita terbabit sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana buku lali kaki kanannya berdarah.

Seorang anggota polis juga cedera ringan di tangan kanan selepas digigit seorang wanita ketika menjalankan pemeriksaan terbabit.

Dalam serbuan Ops Noda itu, anggota D7 diketuai Deputi Superintendan Adzli Abu Shah yang turut dibantu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara dan Kulaijaya memeriksa dua premis di pusat beli-belah terbabit.

Adzli berkata, 55 wanita warga asing yang disyaki menjadi GRO di kedua-dua premis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, 34 wanita Vietnam dan seorang dari China berusia antara 19 hingga 42 tahun ditahan ketika pemeriksaan di tingkat empat pusat beli-belah terbabit.

Katanya, pihaknya turut menahan 13 wanita China dan tujuh warga Vietnam berusia 26 hingga 50 tahun pada pemeriksaan di premis di tingkat tiga.

“Kami juga mengambil keterangan terhadap 23 lelaki dan dua wanita yang dipercayai pelanggan di kedua-dua premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Semua wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");