Jenayah

Ditemui maut dalam bilik hotel

Ipoh: Lelaki berusia 69 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di mulut dalam bilik hotel di Jalan Sultan Abdul Jalil, di sini, kira-kira 6 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata mangsa ditemui mati dalam keadaan duduk di atas kerusi bersama sepucuk pistol tidak berpeluru di sebelah pahanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai menetap di Taman Intan, Pasir Puteh, di sini, sepatutnya mendaftar keluar daripada hotel berkenaan pada 12 tengah hari, selepas mendaftar masuk semalam.

Katanya, kakitangan hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di mulut.

“Mangsa dipercayai mati kurang daripada 24 jam dan tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh mangsa. Polis belum dapat pastikan sama ada mangsa dibunuh atau menembak dirinya sendiri dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");