Jenayah

Dua kakitangan kerajaan ditahan terlibat IS

KUALA LUMPUR – Dua kakitangan kerajaan, antara tiga ditahan dalam serbuan di Kedah dan Kuala Lumpur kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria termasuk menyalurkan dana kepada rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga rakyat tempatan itu ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam serbuan pada Khamis dan Jumaat lepas.

“Kedua-dua kakitangan kerajaan tersebut, yang berumur 23 dan 28 tahun, berkhidmat dalam satu jabatan kerajaan di Kuala Lumpur, dan disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan IS di Syria.

“Manakala seorang lagi suspek berusia 36 tahun telah menyertai kumpulan militan di Syria sejak 28 Disember tahun lepas dan kembali ke Malaysia pada 8 April lepas,” katanya dalam satu kenyatan di sini, hari ini.

Khalid berkata, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");