Sukan Hari Ini

EPL: Arsenal menang 2-1, Man City gagal hambat Chelsea

LONDON: Arsenal merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 2-1 ke atas West Ham ketika Manchester City terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

Segar dengan kemenangan ke atas Newcastle ketika cuti Krismas, skuad bimbingan Arsene Wenger, Arsenal begitupun hanya membuka tirai jaringan menerusi penalti pada minit ke-41 menerusi Santi Cazorla.

Tanpa berlengah, Arsenal kemudian menambah gol kedua tiga minit kemudian menerusi Danny Welbeck dengan gol tunggal Hammers dijaringkan Cheikhou Kouyate pada minit ke-54 dalam aksi di laman lawan itu.

Dalam pada itu, penyandang juara, Man City mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang kepada pendahulu liga, Chelsea selepas diikat 2-2 oleh kelab kedua tercorot liga, Burnley.

Beraksi sedikit lewat berbanding Chelsea, City yang beraksi di laman sendiri, Etihad tampak sedikit goyah sekalipun di depan 2-0 sebelum jaringan A Barnes pada minit ke-81 memusnahkan peluang mereka untuk mengutip tiga mata penuh.

City meledak gool pertama menerusi jaringan David Silva pada minit ke-23 sebelum Fernandinho menambah jaringan kedua pada minit ke-33.

Begitupun, Burnley yang terdesak berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan George Boyd (m47) dan A Barnes (m81).

Di Villa Park, Aston Villa mensia-siakan aksi di laman sendiri apabila mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sunderland.

Dalam pada itu, kelab tercorot liga, Leicester City merakam kemenangan pertama daripada 13 perlawanan dengan menewaskan Hull City 1-0 di laman lawan.

Kali terakhir Leicester merakam kemenangan adalah ketika bertemu Manchester United, September lepas dengan gol tunggal kemenangan dijaringkan Riyad Mahrez pada minit ke-32.

Di Loftus Road, Queens Park Rangers turut diikat Crystal Palace 0-0 dengan Stoke City meneruskan rentak kemenangan dengan membenam West Bromwich Albion 2-0 di laman sendiri, Brittania. – Agensi-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");