Perak Hari Ini

Festival Kuala Kangsar, Pengisian Menarik Sempena Sambutan Tahun Baru 2015

IPOH : Sempena ambang tahun baru 2015 yang akan menjelang tidak lama lagi, Kuala Kangsar Bandar Diraja turut mempunyai pengisian tersendiri yang berbentuk ilmiah dan hiburan dalam mempromosikan kesenian yang terdapat di Kuala Kangsar itu sendiri.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Shahrom Datuk Abdul Malik penganjuran Festival Kuala Kangsar dianjurkan khusus bersempena sambutan tahun baru dengan beberapa pengisian menarik bermula 18 Disember ini.PERAK TODAY 3

“Pada 18 haribulan ini akan diadakan pertandingan futsal terbuka jawatankuasa penduduk bagi kawasan Kuala Kangsar dan Padang Regas pada pukul 8 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak.

Karnival Nilai-nilai Murni Semarak Warisan pula akan diadakan pada 20 Disember bermula 8 pagi hingga 10 malam bertempat di Dataran Sungai Perak Indah, Kuala Kangsar,” katanya.

Sementara itu, pertandingan futsal melalui Karnival Ramah Mesra Jawatankuasa Penduduk Parlimen Sungai Siput dijangka berlangsung pada 21 Disember anjuran jawatankuasa Penduduk Zon Parlimen Sungai Siput, di Dewan Belia Sungai Siput.

Acara kemuncak menyambut tahun baru iaitu pada 31 Disember ialah Karnival Aspirasi Seni Warisan Negeri Perak (PILAR), bertempat di Laman Budaya Kuala Kangsar menjanjikan pengisisan yang menarik buat semua.

PERAK TODAY 2Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohamad Kamil Shafie memberitahu, penganjuran PILARE ini bakal melibatkan 200 penggiat seni daripada pelbagai medium kesenian.

“Penglibatan penggiat seni orang tempatan daripada Perak sendiri merangkumi pelbagai bidang dengan mengambil sumber aspirasi daripada bangunan warisan terdapat di Kuala Kangsar,” katanya.

Perasminaan PILARE bakal diadakan di Galeri Sultan Azlan Shah pada sebelah paginya manakala pada sebelah malam diadakan persembahan seni dan warisan kebudayaan bertempat di Laman Budaya.

Panjuran festival ini melibatkan Kelab Fotografi Perak (ASFON), Persatuan pelukis Perak bersama Perak Heritage Society bakal  menganjurkan pelbagai bengkel fotografi, seramik dan lukisan serta pertandingan ‘Fotografi 1 Kuala’ buat semua pengunjung yang berminat.

Penglibatan pelukis Anak Perak yang terkenal seperti Juhari said dan Jalaini Abu Hassan diharap memberi keunikan tersendiri dalam program yang dirangka ini di tambah pula pengisian berkenaan  seni halus, fotografi, seni visual dan seramik.

Sementara itu, menurut Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak, Syahruddin Abdul Hamid penganjuran festival ini mengadaptasi medium seni sebagai medium utuk mempromosikan pelancongan dengan penambahan  elemen ilmu dan info selain hiburan sahaja.PERAK TODAY 4

“Festival ini bukannya hiburan semata-mata tetapi mengetengahkan konsep rakyat, seni, ketuhanan dan kemasyaraktan,” katanya.

Orang ramai dijemput memeriahkan festival ini termasuklah pegiat seni daripada Perak bagi berkongsi keunikan yang terdapat di Kuala Kangsar kepada mata dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");