Membawang Hari Ini

Giliran Sam Innuendo tersingkir!

SELEPAS Hasnol nasib nampaknya tidak menyebelahi Sam Innuendo kerana terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu ketiga konsert, kelmarin.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Belaian Jiwa itu tersingkir apabila fotonya terpapar di skrin gergasi selepas dia dan Mamat Exist menjadi dua peserta yang berada di tangga terendah.

Sam atau nama sebenarnya Shamsyul Azhar Nazeer bagaimanapun kelihatan tenang selepas mengetahui dia menjadi peserta kedua disingkirkan juri.

Malah, Sam dengan tenang mengucapkan terima kasih kepada Astro, barisan juri dan peminat yang telah memberikannya sokongan.

“Terima kasih Astro kerana menjemput saya untuk menyertai program ini. Saya mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.

“Saya sudah memberikan yang terbaik, tetapi mungkin ada silap yang saya tidak perasan tetapi juri nampak. Saya terima keputusan juri dengan hati yang terbuka.

“Kepada semua peminat saya, terima kasih kerana tidak jemu memberi kata-kata semangat dan terima kasih kerana masih menyokong saya,” katanya.

Minggu ketiga konsert Gegar Vaganza bertemakan Kenangan Mengusik Jiwa dan Sam memilih untuk menyanyikan lagu Keabadian Cinta nyanyian asal Anuar Zain yang didedikasikan khas buat bekas kekasih lamanya.

Malam itu turut memperlihatkan kehebatan peserta lain seperti Rahmat Mega yang menyanyikan lagu Merisik Khabar daripada Allahyarham Sudirman, Adilla (Rindu), Fazli Zainal (Tiada Maaf Bagimu), Mamat Exist (Teguh), Sharifah Zarina (Perhaps Perhaps Perhaps), Shima (Evergreen), Ayai Illusi (Khayalan), Ifa Raziah (Menaruh Harapan), Haleeda (Mencintaimu) dan Nadia (Tinggal Kenangan).

Dengan penyingkiran Sam, tinggal 10 peserta lagi akan terus bersaing untuk merebut gelaran juara.

Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Mustika HD (saluran 134).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");