Isu Panas

Guan Eng cuba jadi hero… lagakan UMNO dan masyarakat bukan Islam

“Lim Guan Eng cuba untuk menjadi hero,” demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di negeri itu dalam kalangan bukan Islam.

Menurutnya, meskipun Guang Eng merupakan Ketua Menteri di negeri tidak beraja, namun beliau tetap terikat dengan Perlembagaan negara ini.

“Saya tak tahu apa hak dia (Guan Eng). Soal agama di negeri yang beraja ditentukan oleh Sultan manakala di negeri yang tidak beraja ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

“Lim Guan Eng bukan ketua agama di negeri yang tidak beraja. Jangan dia ingat oleh sebab negeri itu tidak ada raja, dia ketua agama. Apa yang dia buat itu salah. Dia (Guan Eng) tak boleh sentuh pun (soal agama) sepatutnya,” katanya pada Ahad.

Beliau turut mendakwa tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu seolah-olah cuba untuk melaga-lagakan partinya dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak.

“Jadi, saya percaya Guan Eng ini cuba untuk menjadi hero kerana pilihan raya negeri Sarawak (akan datang). Cuba nak laga-lagakan antara UMNO dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak. Itu saja. Itu menunjukkan jahatnya dia (Guan Eng).

“Dia tidak peduli perpecahan yang berlaku antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Yang dipentingkan hanyalah kepentingan politiknya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pemimpin lain agar mempunyai etika dan tidak terlalu menjaga kepentingan politik sahaja.

“Saya harap, sebagai pemimpin kita kena ada etika juga. Jangan kerana kepentingan politik, kita buat apa saja walaupun ia boleh melibatkan perpecahan dan menyebabkan huru-hara antara agama dan kaum di negara kita.

“Sesetengah perbuatan kita boleh menyebabkan huru-hara berlaku. Huru-hara itu akan menyebabkan rakyat susah. Sepatutnya kita sebagai pemimpin kena ada pertimbangan juga melebihi daripada politik,” katanya.

Guan Eng seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Beliau dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.-14/12/2014-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");