Sukan Hari Ini

Gunners sedia bedil The Reds di Anfield

ANDA masih ingat angka jaringan ini: Liverpool… 5 Arsenal…. 1.

Itulah keputusan penuh selepas perlawanan pada Februari 2014 apabila dua kelab tersohor itu bertemu.

Kedua-dua kelab elit ini akan bertembung lagi di Anfield, malam Ahad ini buat pertama kali musim ini tetapi perjalanan ceritanya amat berbeza kali ini.

Arsenal memasuki perlawanan ini dengan rentak persembahan baik dan berada pada prestasi jauh lebih baik berbanding Liverpool.

Saya yakin Arsene Wenger melihat situasi ini sebagai peluang untuk menebus kekecewaan kekalahan besar berturut-turut menentang Liverpool, musim lalu.

Arsenal memiliki senarai kecederaan yang panjang dengan nama besar seperti Ozil Mesut, Laurent Koscielny, Theo Walcott, Aaron Ramsey, Mikel Arteta, Serge Gnabry dan ramai lagi yang boleh menentukan hala tuju pasukan Arsenal untuk mencabar takhta liga.

The Gunners menghadapi masalah ketara di bahagian pertahanan dan posisi ‘defensive midfield’ yang menjadi kelemahan paling nyata. Tetapi bahagian serangan menjadi senjata utama Wenger seperti dilihat semasa kemenangan ke atas Galatasaray dan Newcastle.

Sudah tentu persoalan ramai apakah kesebelasan dan formasi yang akan digunakan oleh Wenger menentang Liverpool.

Adakah dia akan menggunakan kedua dua penyerangnya iaitu Danny Welbeck dan Olivier Giroud dengan bantuan Alexis Sanchez, Santi Cazorla, Alex Oxlade Chamberlain, Mathieu Flamini atau pun menggunakan lima pemain di bahagian tengah dengan Welbeck berfungsi di bahagian kiri.

Saya menanyakan soalan ini kerana Welbeck sudah menyuarakan dia percaya posisi terbaiknya adalah posisi penyerang dan tidak suka bermain di bahagian kiri atau kanan seperti di Manchester United.

Ini adalah peluang terbaik Welbeck untuk membuktikan kritikan ke atas beliau termasuk Louis Van Gaal bahawa dia cukup baik untuk menerajui bahagian hadapan. Cara terbaik adalah untuk menunjukkan ratio gol yang tinggi.

Liverpool sedang menghadapi permulaan paling teruk sejak EPL diperkenalkan dan antara faktor paling ketara adalah mereka tidak berupaya menterjemahkan segala peluang yang menyusul kepada jaringan.

Kelibat Daniel Sturridge sangat dirindui terutama ketika menentang Man United di mana Liverpool mempunyai peluang keemasan tetapi tiada penyudah.

Pertahanan dan bahagian tengah Liverpool perlu ada perubahan. Brendan Rodgers perlu diberi sumber ke wangan yang cukup untuk tingkap perpindahan bulan Januari untuk membuat rombakan.

Pasukan Arsenal sudah pasti beranggapan inilah masa sesuai untuk menentang Liverpool dengan masalah yang sedang dihadapi oleh pasukan Rodgers.

Tetapi saya melihat ini sebagai satu peluang dan masa yang untuk Rodgers mendapatkan prestasi terbaik dari pasukan untuk mengubah arus pasukan yang merudum setakat ini kepada sesuatu yang positif.

Apa yang lebih menggembirakan nanti untuk pemain, pasukan dan penyokong tegar mereka adalah tiga mata dapat dikutip di Anfield.

Ramalan Stanley minggu ini

Man City……… 3 Crystal Palace….. 1

West Ham…….. 2 Leicester City …….0

Tottenham……. 2 Burnley…………… 1

Hull……………… 2 Swansea …………..2

Villa……………… 1 Man United ………2

QPR……………….3 West Brom ………….2

Southampton… 1 Everton ………………2

Newcastle……. 2 Sunderland …………..1

Liverpool ………1 Arsenal……………… 2

Stoke City ………1 Chelsea……………… 1

Penulis adalah bekas pemain Kuala Lumpur dan kini Pengulas Sukan ASTRO Super Sports-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");