Sukan Hari Ini

Hamilton menang anugerah sukan berprestij Britain

LONDON: Juara dunia dua kali Formula Satu (F1) Lewis Hamilton, pemenang 11 pusingan perlumbaan pada 2014 bersama Mercedes dinobat anugerah Personaliti Tahunan BBC Sports, semalam.

Anugerah itu secara meluas dianggap sebagai penghormatan dalam bidang sukan paling berprestij di Britain.

“Saya tidak boleh berkata–kata,” kata pelumba berusia 29 tahun itu yang mendapat undian paling banyak mengatasi pilihan utama iaitu jaguh golf, Rory McIlroy.

“Saya memang tidak menyangka. Kawan, kamu memperoleh tahun yang yang menakjubkan,” kata Hamilton kepada McIlroy ketika majlis itu yang berlangsung di Glasgow.

McIlroy yang memenangi dua gelaran Major pada tahun ini selain membantu pasukan Eropah mengekalkan kejuaraan Piala Ryder berada di kedudukan kedua.

Tempat ketiga menjadi miliki juara atlet balapan yang juga juara 10,000 meter Eropah, Jo Pavey.

Kali pertama Hamilton menjuarai gelaran dunia F1 ialah pada 2008 bersama pasukan McLaren sebelum mengulanginya pada tahun ini.

Hamilton muncul pelumba kelima yang memenangi anugerah berprestij itu yang dianjurkan sejak 61 tahun lalu dengan legenda, Damon Hill dan Nigel Mansell masing-masing memenangi dua kali selain Stirling Moss dan Jackie Stewart.

Anugerah Pasukan Terbaik Tahunan pula menjadi milik pasukan ragbi wanita England yang memenangi Piala Dunia tahun ini dengan anugerah jurulatih terbaik menjadi milik Paul McGinley yang mengemudi pasukan Eropah menjulang Piala Ryder.

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo meraih Anugerah Personaliti Luar Negara. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");