Laporan Eksklusif

Hanya Malaysia Bertegas Bantah Tindakan Interpol Terhadap Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

OLEH : Norsadrina Ismail :-

Ketegasan Malaysia dengan menggesa supaya Interpol menarik balik waran tangkap yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf Al-Qardawi adalah sangat perlu.

Kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang tetap dengan berpendirian sama dengan umat Islam seluruh dunia untuk membantah tindakan tersebut.

Pastinya juga Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam turut terkesan dengan senario tersebut dan sama sekali menolak sebarang usaha penindasan terhadap mana-mana individu dan umat Islam.

Kebanyakan pemimpin dunia Islam Antarabangsa seolah-olah memejamkan mata dan berpeluk tubuh melihat senario yang berlaku melibatkan tindakan Interpol terhadap Sheikh Yusuf.

Sedangkan sebanyak 57 buah Negara Islam menganggotai ‘The Organisation of Islamic Cooperation’ (OIC) tidak berbuat apa=apa pada persidangan antarabangsa dalam isu berkenaan Islam iaitu satu landasan terbaik bagi menyuarakan perihal penindasan ini.

Tindakan Interpol yang mengeluarkan waran tangkap ke atas beliau, atas justifikasi perkaitan beliau dengan aktivis Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak sepatutnya berlaku dan boleh disifatkan sebagai penganiayaan terhadap ulama.

Pastinya ulama ini tidak mudah melatah dengan dengan pertuduhan tersebut, bahkan keprihatinan dan solidariti masyarakat Islam kepadanya merupakan sumber kekuatan baginya terus bertahan.

Al Qaradawi merupakan tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan oleh semua serta menjadi rujukan semasa bagi masyarakat Islam seluruh dunia pastinya Malaysia sentiasa dihadapan bagi mempertahankannya.

Malaysia selaku salah satu negara Islam akan terus membantah keras tindakan Interpol agar lebih menghormati Sheikh Yusuf Al-Qaradawi selayaknya dan tidak sewenangnya membuat tuduhan tidak berasas.

Sheikh Yusuf telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabanga pada tahun 2009 serta anugerah Ijazah Kehormat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996.

Apa yang menjadi persoalannya kini perihal tindakan ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula seakan lepas tangan mengenai tindakan ini bahkan seharusnya beliau mempunyai hubungan erat dengan dunia barat tersebut.

Melalui salah satu ulasannya di media tempatan, Anwar kelihatan sekadar lepas tangan dan dengan mudah menyalahkan Mesir serta menyerahkan tindakan hanya kepada kerajaan dan perdana Menteri sahaja namun seharusnya diselesaikan secara bersama-sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");