Perak Hari Ini

Harga Baru Minyak Petrol Dijangka Turun

KUALA KANGSAR: Harga baru bagi minyak petrol RON95, RON97 dan diesel dijangka mengalami penurunan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan, pengumuman yang akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) akan memperlihatkan penurunan berbanding harga petrol ketika ini.

“Pada malam ini jam 8 malam, KPDNKK akan membuat pengumuman berapakah harga petrol RON95, RON97 dan diesel.

“Saya tahu harga bagi ketiga-tiganya akan turun antaranya bagi RON95 dan diesel sebanyak RM1.90 hingga RM1.95 daripada harga semasa,” katanya.

Beliau berkata, harga baru bagi petrol tersebut akan berkuatkuasa bermula pada jam 12.01 tengah malam ini.

“Dengan kata lain, sambutan tahun baru esok akan disambut dengan harga minyak yang rendah,” katanya dalam sidang media selepas melawat lima pusat pemindahan banjir di Kuala Kangsar hari ini.

Ujarnya, harga baru petrol yang dijangka turun itu akan memberi manfaat kepada rakyat di seluruh Malaysia.

“Saya harap rakyat di negeri Perlis sehingga ke Sabah Sawarak gembira dengan harga minyak yang rendah ini kerana ia dapat mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Namun, persoalan penting yang ingin saya nyatakan di sini adalah adakah harga barang akan turun selari dengan penurunan harga minyak petrol itu nanti.

Oleh yang demikian , beliau menyeru kepada peniaga untuk mempertimbangkan semula harga barangan dagangan mereka berikutan penetapan harga baru minyak petrol tersebut dan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka sekiranya tidak mematuhinya.

“Sekarang sudah sebulan harga minyak turun tetapi kita tidak nampak pergerakan harga barang turun dan mulai esok harga minyak akan turun jauh lebih rendah.

“Jadi harapan saya adalah kepada empat kumpulan ini iaitu pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan pemborong serta pekedai dan peruncit kerana mereka ini kumpulan usahawan dan peniaga yang mempunyai kewajiban dan kuasa untuk mengurangkan harga barangan itu.

“Kita harap barangan akan turun dengan penurun harga minyak ini kerana kita ada akta yang tertentu jika mereka tidak menurunkan harga itu… namun saya kira ia satu langkah penting yang akan diambil oleh kerajaan jika harga barang tidak turun kerana harga minyak yang turun ini,”ujarnya lagi.

Jelasnya, peniaga seharusnya lebih bertimbang rasa kerana pengguna mempunyai hak untuk menentukan barangan yang dibeli.

“Kita sebagai rakyat ada kuasa untuk memilih dan memboikot barangan dan jika pengguna menggunakan kuasa itu, ia akan menjejaskan peniaga… sekiranya perkara ini berlaku, ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

“Saya berharap agar pekedai ini menjalankan tanggungjawab dengan amanah untuk menurunkan harga barangan kperluan rakyat kerana rakyat mempunyai kuasa untuk menetukan kelangsungan perniagaan mereka,” tambahnya lagi.

Harga terkini bagi minyak petrol RON95 adalah RM2.26 seliter, manakala RON97 RM2.46 seliter dan diesel (RM2.23 seliter) setelah kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi bagi ketiga-tiga minyak tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");