Membawang Hari Ini

Hentikan segera menyamar sebagai diri saya – Zulin

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Melodi, Zulin Aziz berharap supaya sesiapa yang berniat jahat dengan menyamar menjadi dirinya supaya menghentikan segera perbuatan itu kerana tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.

Zulin yang dihubungi BH Online belum terdetik untuk membuat laporan polis, cuma tidak mahu perkara kecil ini melarat hingga boleh membahayakan dirinya sendiri. Zulin berkata demikian sebagai menjawab beberapa individu yang menyamar dirinya.

“Ada yang menyamar dirinya dan menghantar mesej serta kiriman di aplikasi WhatsApp untuk meminta gambar saya daripada jurusolek. Mujur jurusolek itu bijak kerana tahu nombor telefon saya yang sebenarnya dan terus memaklumkan saya perkara ini.

“Saya kurang pasti apa jantinanya dan kenapa individu itu mahukan gambar saya yang dirakamkan untuk sebuah majalah hiburan. Sedangkan kalau dia nak gambar saya boleh saja cari di enjin carian di laman Internet.

“Takut juga dan terdetik dalam hati kalau dia nak khianati dan sabotaj saya. Iyalah zaman sekarang macam-macam boleh buat dengan hanya sekeping gambar.

“Saya terpaksa memuat naik paparan skrip yang dikirim jurusolek itu di laman Instagram untuk beri peringatan supaya ia tidak berlanjutan,” katanya.

Insiden kedua, ada individu yang menghantar kiriman mesej kepada pengurusnya, Aina Liza untuk memberitahu beliau memerlukan sejumlah wang untuk dipinjam daripada Zulin.

“Individu itu meminta saya masukkan RM200 dalam akaun banknya. Saya kurang pasti apa motifnya berbuat begitu,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");