Berita Hari Ini

IEF akan ubahan kehidupan masyarakat India

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak yakin bahawa Yayasan Pendidikan Indus (IEF) yang baru dilancarkan akan mengubah kehidupan ramai daripada kalangan masyarakat India.

“Saya percaya melalui pendidikan, status ekonomi sosial masyarakat India di negara ini akan meningkatkan dengan ketara.

“Saya juga terus komited sebagai Perdana Menteri untuk membantu semua kaum secara inklusif ketika saya mempengerusikan jawatankuasa khas kabinet mengenai hal ehwal masyarakat India sehingga hari ini,” kata Perdana Menteri dalam blog NajibRazak.com malam tadi.

Semalam, Najib melancarkan Yayasan itu di Sentul kerana beliau percaya IEF akan membantu pelajar dari masyarakat India yang layak untuk melanjutkan pengajian peringkat tinggi.

Menurut beliau, kerajaan berjanji menubuhkan dana biasiswa untuk membantu pelajar India di peringkat tinggi.

“Hari ini, kita dapat menunaikan janji itu melalui perkongsian awam swasta.

Kerajaan juga komited menawarkan geran permulaan sebanyak RM5 juta yang akan dibayar pada tahun ini,” kata beliau.

Oleh kerana menyedari bahawa keluarga daripada kalangan kaum India memberi penekanan terhadap pendidikan, Perdana Menteri yakin yayasan itu akan mengubah kehidupan ramai daripada masyarakat India. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");