Sukan Hari Ini

Ikrar Welbeck

London: Penyerang Arsenal Danny Welbeck berharap dapat mengekalkan momentum sama seperti ketika meledak gol kemenangan di West Bromwich Albion dan mahu menjadikan Southampton mangsa seterusnya apabila kelab itu bertandang ke Stadium Emirates, malam esok.

Tandukan Welbeck di The Hawthorns yang pertama buatnya sepanjang tujuh aksi bersama Arsenal dan cukup berharga buat Gunners yang mahu memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kekalahan berturut-turut menyaksikan kelab utara London itu tercicir ke pertengahan liga, tetapi selepas menewaskan Borussia Dortmund di Liga Juara-Juara selain menundukkan West Brom, anak buah Arsene Wenger itu kini menduduki tangga keenam, dua mata di belakang Manchester United yang berada di tangga keempat.

Bagaimanapun, ia tidak cukup buat penyokong Arsenal yang sanggup mengeluarkan belanja untuk berkunjung ke Hawthorns minggu lalu sekali gus membuatkan ada kumpulan kecil membawa sepanduk mendesak supaya Wenger dipecat.

Hanya kemenangan ke atas Southampton mampu mengubat luka peminat Arsenal yang menyaksikan pasukan kesayangan mereka semakin jauh ditinggalkan pendahulu, Chelsea.

Welbeck yakin jaringannya ketika bertemu West Brom bakal mengubah keadaan semasa pasukan.

Penyerang yang diikat dari United itu berkata: “Saya dikawal ketat dalam setiap perlawanan dan sungguh tidak menyenangkan. Bagaimanapun, saya sudah mula menjaringkan gol dan membantu pasukan mencapai kemenangan.”

Southampton berada di tangga ketiga walaupun ditewaskan Manchester City dan Wenger sedar pasukan itu bakal memberikan cabaran getir buat anak buahnya.

Pengurus Gunners itu semakin tertekan menjelang kunjungan skuad kendalian Ronald Koeman malam esok.

Pertahanan Kieran Gibbs dan Nacho Monreal mengalami kecederaan di West Brom sekali gus memaksa Wenger mengubah posisi Calum Chambers atau Laurent Koscielny.

Penjaga gol utama Arsenal Wojciech Szczesny mungkin sekali lagi tidak dapat bermain gara-gara masalah pinggul, tetapi Alex Oxlade-Chamberlain dijangka sudah boleh bermain. – AFP

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");