Berita Hari Ini

Jabatan Imigresen tertinggi rasuah

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen merupakan agensi kerajaan yang berada di kedudukan teratas bagi kes rasuah yang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada 10 agensi dan jabatan kerajaan yang disenaraikan SPRM, Jabatan Imigresen menunjukkan kadar tertinggi rasuah.

“Ia sesuatu yang memalukan saya. Kerana dengan hanya dua tiga kerat (pegawai) buat salah, kita yang tidak terlibat juga terkena imej buruk itu.

“Kedudukan tersebut berdasarkan laporan yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini termasuk laporan telah disahkan dan kes pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Ditanya sama ada 10 jabatan lain melibatkan jabatan penguatkuasaan, Ahmad Zahid berkata, beliau hanya menumpukan kepada dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");