Perak Hari Ini

Kaji Guna Virus Sesuai Hindari Virus Denggi

IPOH: Kajian sedang giat dijalankan di negara ini seperti mana kajian di jalankan di Latin Amerika bagi memutuskan keputusan mengunakan pakai Virus sesuai untuk mennghindar virus denggi.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kajian terhadap vaksin berkenaan memerlukan data yang mencukupi bagi pelaksanaannya.

Tambahnya lagi, kementerian kesihatan dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) turut mengkaji dan mengumpulkan data.

“Masih banyak persoalan yang belum diketahui dan kesan jangka masa panjang mengenai vaksin berkenaan,” katanya.

Tambahnya, kajian kini hanya meliputi langkah untuk menangani virus yang dihadapi negara kini iaitu jenis denggi ‘stereotypes’ yang disebarkan melalui nyamuk.

Jelasnya, senario tersebut  bagi membantu kawasan yang mencatatkan jumlah Denggi  yang tinggi  seperti di Lembah Klang bagi mendapatkan maklumat yang lengkap untuk mengatasinya.

Katanya, kajian tersebut diperlukan bagi memastikan empat jenis denggi stereotypes akan berkesan dengab rawatan vaksin.

“Kajian  menunjukkan vaksin tersebut memberi kesan yang berbeza kepada 4 jenis denggi streotypes berkenaan dan kesan vaksin kepada DEN 2 tidak mencapai tahap yang memuaskan  berbanding dengan jenis stereotypes yang lain,” katanya.

Ujarnya lagi, jumlah kematian berlaku di antara pesakit yang berumur 25 tahun ke atas disebabkan virus denggi.

“Disebabkan pekara tersebut kita perlu menjalankan penyelidikan dengan lebih luas sebelum memutuskan untuk menguna pakai vaksin sebagai cara untuk melawan denggi,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa setakat hari ini jumlah kes denggi yang dilaporkan sekitar 2,300 orang yang menunjukkan jumlah penurunan.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai tindakan Kerajaan tidak menafikan pengeculiaan semua ubatan daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila dilaksanakan kelak.

Jelasnya, kementerian telah mengenal pasti 320 sebatian kimia yang diluluskan bagi sifar kadar dalam GST termasuklah 4,200 jenama ubat di pasaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");