Sukan Hari Ini

Kecederaan Rooney ‘tidak begitu serius’ – Van Gaal

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menolak kemungkinan kecederaan lutut Wayne Rooney akan berlarutan selepas penyerang itu terlepas pertembungan menentang Stoke City, awal pagi tadi.

United menang perlawanan Liga Perdana Inggeris itu dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Marouane Fellaini dan Juan Mata.

Rooney tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang Stoke selepas berdepan kecederaan ketika United mencatat kemenangan 3-0 ke atas Hull City pada Sabtu namun Van Gaal berkata tidak menjangkakan kaptennya itu akan tersisih untuk tempoh yang lama.

“Ia berkaitan lutut, namun kami perlu menunggu sehingga esok (hari ini) untuk berkata sesuatu mengenainya kerana kamu tidak akan mengetahui segala-galanya mengenai lutut,” kata Van Gaal.

“Pada pendapat saya, ia tidak serius namun saya bukanlah doktor. Kita perlu menunggu untuk melihat imbasan dan kemudian kita akan mengetahui lebih lanjut.

“Saya berharap ia tidak serius,” katanya.

Ditanya sama ada bintang England berusia 29 tahun itu mampu pulih ketika pertembungan United selepas ini menentang Southampton pada Isnin, Van Gaal membalas: “Saya tidak memikirkannya, namun kamu tidak akan tahu.”

Selain Rooney, United turut kehilangan pemain tengah, Angel di Maria ketika bertemu Stoke dan pemain Argentina itu juga dijangka tidak akan diturunkan ketika kunjungan ke St Mary.

“Di Maria tidak begitu serius (kecederaan) namun dia tidak akan bermain menentang Southampton,” kata Van Gaal.

Kemenangan ke atas Stoke mengukuhkan kedudukan United di tempat keempat liga dan hanya satu mata dibezakan dengan Southampton di tempat ketiga. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");