Sukan Hari Ini

Kenyataan perkauman: Balotelli digantung satu perlawanan

LONDON: Penyerang Liverpool, Mario Balotelli dikenakan hukuman gantung satu perlawanan dan denda 25,000 pound (AS$39,176) selain diperintah mengikuti kursus pendidikan selepas mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan anti semitik.

Balotelli mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Peraturan E3, Persatuan Bola Sepak England selepas memuat naik imej komputer Super Mario di Instagram dengan ayat berbunyi “Melompat seperti lelaki kulit hitam dan berebut duit syiling seperti Yahudi.

Pemain antarabangsa Itali itu bagaimanapun tidak meminta perbicaraan namun mengemukakan rayuan mengurangkan hukuman secara bertulis kepada panel disiplin.

Dengan hukuman itu, Balotelli akan terlepas beraksi untuk Liverpool menentang Arsenal di Anfield, Ahad ini.

“Susulan posting saya mengenai ‘Super Mario’, FA menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah salah,” katanya dalam akaun Twitter.

“Saya meminta maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong kelab Liverpool FC kerana menerima hukuman ini yang amat saya kesali.

“Saya sedia menerima keputusan FA dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Liverpool dalam satu kenyataan berkata, kelab itu menunggu hukuman bertulis yang dikeluarkan panel disiplin FA dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap pemain berkenaan. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");