Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Arah Ambil Tindakan Isu Penternak Beri Makan Babi Kepada Ikan Talapia

IPOH : Kerajaan Negeri Perak telah mengarahkan pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu penternak memberikan bangkai haiwan dipercayai babi kepada ikan talapianya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perbuatan tersebut berkemungkinan dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya berpendapat ada tindakan daripada pihak-pihak tertentu berkaitan isu tersebut dan ia tentunya mendatangkan persepsi yang buruk.

“Saya telah meminta kepada jabatan yang terlibat termasuklah Jabatan Perikanan dan Jabatan Agama Islam (JAIPk) untuk membuat siasatan bagi memastikan laporan-laporan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Jelasnya, tindakan itu perlu dilakukan dengan segera demi menjaga kepentingan rakyat di negeri itu kerana ia melibatkan sensitiviti agama dan juga kehidupan masyarakat dalam masyarakat yang berbilang kaum khususnya dalam konteks Negeri Perak.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berkenaan isu yang menjadi viral di laman media sosial dimana penternak telah memberikan ikan talapia miliknya makan haiwan yang dipercayai babi.

Terdahulu, Isnin yang lalu, masyarakat telah dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping gambar di laman media sosial berkenaan penternak ikan talapia di Perak telah memberikan bangkai babi kepada ikan tersebut.

Berita tersebut telah menjadi viral dan telah mendapat perhatian daripada semua pihak.

Ia merupakan kejadian yang hampir serupa dengan satu isu yang berlaku pada Julai yang lalu dimana ikan patin di Perak dipercayai telah diberi makan bangkai babi berikutan penemuan tulang-tulang haiwan itu dalam kolam ikan tersebut yang pecah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");