Jenayah

KP Jab. Hal Ehwal Khas (Jasa) Fuad Hassan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada pukul 12.20 pagi Isnin.

Jasa adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Allahyarham Fuad, 62, adalah anak kedua kepada tokoh agama dan pengajian Al-Qur’an terkenal iaitu Tan Sri Hassan Azhari. Beliau juga adalah abang kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan dan adik kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dua hari yang lalu telah menghadiri program kementerian di Kemaman, Terengganu dan telah dimasukkan ke Hospital Kemaman pada Sabtu sebelum dipindahkan ke Kuantan untuk rawatan lanjut setelah terkena serangan sakit jantung.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa, Allahyarham pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal sebelum tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali dalam pilihan raya umum 1999.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Surau IPD kuantan, kemudian akan dibawa balik ke rumahnya di alamat No. 52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang sebelum solat zohor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");