Sukan Hari Ini

Lambaian terakhir Red Bull kepada Vettel

LONDON: Red Bull mengucapkan selamat tinggal kepada Sebastian Vettel yang berhijrah ke Ferrari di ibu pejabat pasukan itu, semalam dan memberinya beberapa hadiah yang diharap dapat dimanfaatkannya ketika berada di Itali.

Mengharapkan juara dunia empat kali itu kembali bersama Red Bull satu hari nanti, Prinsipal pasukan, Christian Horner di hadapan staf di kilang pasukan di Milton Keynes begitupun berkata ia perlu menunggu sedikit masa.

“Kami tidak mahu keadaan menjadi panas di Maranello,” katanya.

Red Bull berkata pelumba kelahiran Jerman berusia 27 tahun itu diberikan cawan kopi espresso, sepasang seluar mandi merah Speedo, kaca mata dan beberapa barangan lain.

“Kamu tidak menjadikan ia lebih mudah,” kata Vettel yang menghabiskan hujung minggu lepas bermesyuarat dengan pasukan barunya di Maranello selepas secara rasmi meninggalkan Red Bull pada Jumaat.

Vettel mengunjungi Milton Keynes untuk memberi ucapan dan persembahan yang membabitkan model separuh saiz lembu jantan dengan rekod kejuaraan yang diukir di atas tiang.

“Enam tahun lepas adalah menakjubkan. Apa yang kita capai, kerja yang sudah dilakukan. Begitu banyak semangat, terlalu banyak dedikasi. Ia sentiasa berada dalam hati saya.

“Ia adalah perjalanan yang hebat dan saya amat bersyukur dengan apa yang kamu semua lakukan untuk saya. Saya akan mendiamkan diri sekarang,” kata Vettel. – Reuters-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");