Sukan Hari Ini

Lang Merah gigih cari keserasian

TATKALA saingan Liga Malaysia 2015 hanya akan berlangsung 31 Januari depan, skuad Kedah gigih menjalani latihan bagi mencari keserasian khususnya memberi tumpuan kepada tonggak awang import.

Mulai musim depan, empat pemain asing yang bakal mewarnai kancah Liga Premier untuk pasukan Lang Merah adalah Keith M Nah,20, Lawrence Olum, 30, dan Chidi Edeh, 27, serta Bang Seung Hwan, 31.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe berkata, tugasnya kini menekankan kepada aspek persefahaman antara pemain import dan juga pemain sedia ada.

Menurutnya, mereka menjalani rutin latihan tanpa kelibat Chidi dan Lawrence yang pulang ke negara asal untuk sambutan perayaan Krismas.

“Perkara ini tidak menggusarkan saya kerana kita perlu bersedia andai ada pemain yang alami kecederaan semasa liga berlangsung.

“Kami perlu ambil langkah berjaga-jaga termasuk cuba menyesuaikan diri tanpa khidmat import untuk mana-mana pertandingan.

“Setakat ini mood pemain ceria dan mereka bersungguh-sungguh berlatih setiap kalai turun latihan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Cheng Hoe, untuk pertemuan persahabatan berdepan Perak di Alor Setar, malam esok, dia merancang mengaplikasikan pelbagai formasi bagi pemain menyesuaikan diri dengan pasukan.

Setakat  ini, Kedah sudah menghadapi beberapa perlawanan persahabatan untuk membina keyakinan pemain dan terbaru dengan menewaskan pasukan Liga FAM, Kedah United 5-0.

Sebelum itu, Hijau Kuning berjaya menewaskan pasukan Liga Super Perak 2-1 di laman lawan, mengalahkan kelab Thailand, Songkla United (3-2), atasi pasukan Liga FAM, MIFA (3-2) dan kalah mengejut dalam perlawanan persahabatan pertama di tangan pasukan Liga FAM, Sungai Ara FC 2-1.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");