Jenayah

Lelaki maut ditikam 12 kali

GEORGETOWN – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Semarak Api, Bandar Baru Air Itam, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat lelaki itu dijumpai orang awam dalam keadaan terlentang dengan tangan bergari di kawasan flat terletak di belakang stesen minyak berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu maut kerana ditikam 12 kali iaitu 10 di badan dan dua di muka. Identiti mangsa belum dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri.

“Tangan mangsa dalam keadaan bergari dan gari tersebut bukan kepunyaan polis,” katanya.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");