Sukan Hari Ini

Malaysia mara ke suku akhir kejohanan Berpasukan Skuasy Wanita Dunia 2014

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2014 apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di Pusat Skuasy Mark Sachvie, Kanada.

Skuad negara yang diperkuatkan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David meneruskan kemaraan pada kejohanan tersebut selepas menewaskan Guatemala 3-0 dalam perlawanan ketiga kumpulan C pada Selasa, menurut laman web kejohanan www.wwt2014squash.com.

Malaysia, sebelum itu menumpaskan Kanada dan Mexico dengan keputusan yang sama pada Isnin.

Pada perlawanan berdepan Guatemala, Low Wee Wern meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan Pamela Anckermann 11-6, 11-3 dan 11-5, sebelum Delia Arnold menyumbangkan mata kedua negara dengan kemenangan 11-4, 11-3 dan 11-4 ke atas Winifer Bonilla.

Pemain simpanan, Zulhijjah Azan melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia apabila menundukkan Nicolle Anckermann 11-4, 11-2 dan 11-4.

Malaysia akan berdepan pasukan pilihan keenam, Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan akhir peringkat kumpulan bagi menentukan juara kumpulan, Rabu.

AS turut mara ke suku akhir apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Kanada 3-0.

Pasukan berkenaan sebelum itu mengalahkan Guatemala dan Mexico dengan mata yang sama.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas daripada setiap empat kumpulan mara ke suku akhir pada Khamis.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan berkenaan ialah menduduki tempat ketiga dalam empat edisi sebelum ini, 2006, 2008, 2010 dan 2012. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");