Perak Hari Ini

Malaysia Sikh Fest Gegarkan Dataran MBI

OLEH : ROSLI MANSOR AHMAD RAZALI :-

IPOH- Julung kalinya Bandaraya Ipoh akan menjadi tuan rumah bagi 1 Malaysia Sikh Fest – Punjabi Musical Event yang akan berlangsung di Dataran MBI pada 14 Desember 2014 bermula jam 5.30 petang sehingga ke lewat malam.

Pengerusi Penganjur program, Dato’ Amarjit Singh berkata orang ramai berpeluang menghayati kebudayaan dan kesenian kaum sikh dengan lebih dekat dan mesra.

“Festival yang mengenengahkan kebudayaan dan kesenian kaum Sikh ini, 
dianjurkan oleh Malaysia National Sikhs Movement (Geraksikh) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Kementeri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

“Acara ini juga akan menjadi pembuka tirai dan pelancaran sempena sambutan Malaysia Year Festival 2015 bagi peringkat negeri Perak.

Bagi memeriahkan lagi malam itu pihak pengurusan telah menjemput bintang-bintang popular antarabangsa  dari India seperti Harbhajan Mann, Deep Money, Rimz J dan kumpulan tempatan Malaysia’s Bhangra Ambassadors Goldkartz “, katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Impiana, Ipoh.

Menurutnya lagi, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim akan mencemar duli berkenan  menyempurnakan   majlis  dan seterusnya melancarkan Malaysia Year Festival  2015 peringkat negeri Perak.

“Kami menganggarkan ribuan pengunjung akan hadir bagi menyaksikan persembahan hebat dan bertenaga hasil gabungan artis, pemuzik dan penari yang kami datangkan khas dari dalam dan luar negara”, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");