Sukan Hari Ini

Malaysia temu Perancis di suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia mengakhiri pusingan awal Kumpulan C Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2014 dengan menundukkan Amerika Syarikat (AS) 3-0 di pusat skuasy Mark Sachvie, Kanada.

Diketuai ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David, Malaysia mengungguli saingan peringkat kumpulan dengan memungut lapan mata selepas empat perlawanan.

Malaysia yang menempah tempat antara lapan pasukan terakhir, sebelum ini mengalahkan Mexico, Kanada dan Guatemala dengan jumlah yang sama, menurut laman web www.wwt2014squash.com.

Dalam perlawanan menentang AS pada Rabu, Nicol menewaskan Olivia Blatchford 11-4, 11-5 dan 11-4.

Pemain nombor dua negara, Low Wee Wern mengalahkan Natalie Grainger 9-11, 11-9, 11-4 dan 11-4 sebelum Delia Arnold memastikan kemenangan Malaysia dengan mengalahkan Sabrina Sobhy 11-4, 6-11, 12-10 dan 11-6.

Lawan Malaysia di peringkat suku akhir nanti hari ini ialah Perancis yang menduduki tempat kedua Kumpulan D di belakang Hong Kong yang akan bertemu AS dalam satu lagi perlawanan peringkat suku akhir.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan ini ialah menduduki tempat ketiga dalam empat edisi pada tahun 2006, 2008, 2010 dan 2012. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");