Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Sifatkan Bencana Terburuk Selepas 1967

PASIR SALAK: Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Kampung Gajah di sini disifatkan banjir terburuk pernah berlaku sejak 47 tahun lalu.

Tinjauan Peraktoday mendapati rata-ratanya cemas kerana tidak menyangka bencana banjir ini berlaku secara mendadak.

Sharmila Jamaluddin,33, berkata kejadian banjir yang berlaku pada 24 Disember yang lalu menyebabkan kerugian harta benda kerana gagal diselamatkan.

 

“Sekitar jam 7 petang air naik secara tiba-tiba hingga ke paras betis sehingga ke paras dada dalam tempoh yang singkat,” katanya yang hanya mampu menyelamatkan dokumen penting.

“Saya redha dengan ketentuan Allah … mungkin ada lagi yang mengalami nasib yang lebih buruk daripada ini,” katanya lagi.

kampung gajah1 - Copy

 

Sementara itu, Hamimah Alias,55, berasa khuatir dengan keadaan rumahnya yang terpaksa ditinggalkan sehelai sepinggang sejak Rabu lalu.

“Ini banjir yang terburuk sejak tahun 1967, ketika itu umur saya 8 tahun dan kami masih mampu menyelamatkan barangan penting, tetapi tapi kali ini langsung tidak sempat,” katanya.

 

kampung gajah5

Jelasnya lagi, kerunsingan yang dialami berikutan keadaan yang melanda ini hanya diubati dengan kunjungan daripada pihak tertentu dan perkongsian dengan mangsa lain di pusat perpindahan tersebut.

Sebanyak empat buah empat buah pusat pemindahan sementara Mukim Kampung Gajah disediakan seperti Dewan Millennium, Pusat Latihan Felcra Changkat lada, MRSM Pasir Salak dan Sekolah Dato Sagor.

Setakat hari ini sebanyak 1,361 mangsa banjir daripada 392 keluarga terjejas akibat banjir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");