Jenayah

Maut dihempap anjung

Kuala Lumpur: “Ketika itu hujan lebat, tiba-tiba saja anjung rumah banglo itu runtuh,” kata saksi kejadian sebuah banglo dalam pembinaan runtuh dan mengorbankan nyawa seorang pekerja di Alam Sutera 3, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang dan pekerja binaan yang terbunuh itu dikenali sebagai Narwan, 30-an, manakala seorang rakannya dilaporkan cedera.

Saksi itu yang mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, ketika kejadian itu dia bekerja di restoran berdekatan banglo itu sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.

“Selepas melihat banglo itu runtuh saya melihat ada pekerja lari menyelamatkan diri dan kami segera menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pemeriksaan mendapati anjung rumah di tingkat tiga tiba-tiba runtuh ketika tiga pekerja warga Indonesia berada di dalam rumah itu.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");