Perak Hari Ini

MB Inc. Dikekalkan Kepada Panggilan Perbadanan Elak Kekeliruan – Dr. Zambry

IPOH : “Saya ingin mengesyorkan agar mulai daripada sekarang, kita memanggil Perbadanan Menteri Besar atau yang dikenali sebagai MB Inc, dengan panggilan Perbadanan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan,” kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata demikian berikutan terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat serta beberapa pihak lain berkaitan pemilikan projek bagi perbadanan itu dengan pihaknya.

“Ini kerana, ada yang mengatakan bahawa MB Inc. itu milik Menteri Besar dimana ia bermaksud segala yang melibatkannya adalah milik saya.

“Ada yang percaya bahawa seolah-olah semua projek itu Menteri Besar punya.

“Ini perlu diperjelaskan kerana perbadanan tersebut diwujudkan di seluruh negeri bukan sahaja di Negeri Perak,” katanya.

Ujar beliau, situasi tersebut menimbulkan satu tuduhan politik yang tidak sihat bagi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dapati, dalam taklimat terkini, bahawa masih ada yang dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu seolah-olah mengatakan ia milik Menteri Besar dan menimbulkan tanggapan menteri besarlah paling kaya.

“Jadi kalau negeri lain pun ada Perbadanan ini… maknanya menteri besarnya juga kayalah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bilik Mesyuarat Menteri Besar di sini hari ini.

Jelasnya, Perbadanan itu adalah satu usaha Kerajaan dalam memastikan segala aspek yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri dapat dipelihara daripada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Perbadanan ini telah diwujudkan sejak tahun 1951 lagi bagi melindungi hak milik bagi setiap negeri dan yang membezakan cuma ia aktif mahupun tidak.

“Dalam konteks Negeri Perak, kita fokuskan kepada galian dan tanah yang digunakan untuk pembangunan di negeri ini.

“Kalau selama ini, saya rasa kerajaan negeri langsung tidak mendapat hasil yang adil, bagi galian termasuk juga pengurusan pasir yang berlaku kebocoran keterlaluan sehinggakan tiada mekanisma di peringkat kerajaan negeri.” tambahnya lagi.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengalami kerugian lebih daripada ratusan ribu kerana aktiviti tersebut.

“Jadi kita mengaktifkn perbadanan ini bagi menjaga kepentingan negeri dan hasil-hasil-hasil galian dimana kerajaan negeri sebelum ini hanya mendapat bayaran daripada royalti berjumlah satu peratus,” jelas beliau lagi.

Beliau berharap, dengan kenyataan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini dapat memperjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh masyarakat dan juga rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");