Perak Hari Ini

MB Lawat Mangsa Banjir Perak Tengah

IPOH : Cuti umum semalam tidak menghalang Menteri Besar, Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir dan kepimpinan kerajaan negeri membuat tinjauan perkembangan mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan bencana di Perak Tengah, sehingga lewat malam tadi.

Beliau diiringi oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Rusnah Kassim; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Blanja, Datuk Muhammad Nizar Zakaria dan ADUN Kampung Gajah, Ahmad Fauzi Abdullah.

Memulakan tinjauan banjir dari Sayong, Kuala Kangsar melalui Jalan Bekor – Senggang, Dr. Zambry singgah di Kampung Mandah yang terkesan dengan bencana banjir yang menenggelamkan 13 buah rumah penduduk.

Beliau singgah bertanya khabar penduduk yang memilih untuk berlindung di atas jalan raya berdekatan rumah mereka walaupun ada pusat pemindahan bencana yang disediakan di kawasan bukit yang berhampiran.

mb bota

Dr. Zambry menumpang kenderaan pacuan empat roda penguatkuasa Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah meredah air bah yang melimpahi jalanraya berhampiran kawasan kebun di Chopin sebelum sampai di lokasi iaitu pusat pemindahan bencana di SK Tanjung Blanja.

Di SK Tanjung Blanja, beliau dan Ahli Parlimen Parit, Dato’ Mohd. Zaim Abu Hasan mendengar taklimat oleh Pegawai Daerah Perak Tengah, Mad Dan Hassan sebelum menikmati hidangan istimewa Perak Tengah iaitu “puding roti kapai” bersama-sama penduduk yang dipindahkan.

 

 

mb teluk intan

Menteri Besar kemudiannya meninjau keadaan 699 penduduk (data semasa lawatan YAB Menteri Besar) yang dipindahkan ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Muzaffar Shah, Lambor Kanan.

Beliau kemudiannya bermesyuarat bersama Pegawai Daerah Perak Tengah, Mad Dan Hassan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Kampung Gajah sebelum melawat penduduk yang dipindahkan di Dewan Serbaguna kompleks berkenaan.

mb teluk intan1

 

Lawatan beliau berakhir di SK Dato’ Sagor yang menempatkan lebih 700 penduduk (data semasa lawatan YAB Menteri Besar).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");