Perak Hari Ini

Menteri Besar Bentang Bajet 2015, Fokus Kepada 5 Teras Utama

Oleh Norsadrina Ismail

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebentar tadi membentangkan Bajet Negeri bagi tahun 2015 yang menekankan kepada lima fokus utama bagi kepentingan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Bajet 2015, berjumlah RM1.05 billion bertemakan kepada lima fokus utama antaranya merancakkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti, mengupayakan modal insan yang cemerlang dan mempertingkatkan kapasiti dan jaringan infrastruktur serta kemudahan awam.

Pembentangan bajet kali ini juga memperuntukan sebanyak RM342.71 juta untuk pembangunan iaitu pertambahan sebanyak RM3.73 juta atau 1.1 peratus berbanding tahun 2014.

Lima fokus utama berlandaskan prinsip ARAS (Affordable, Realistic, Attainable, Sustainable) mengambil kira tahap kemampuan negeri melalui sumber dana agar perbelanjaan tersebut realistik dan mampan.

Sebanyak RM190.24 juta dipecahkan kepada pembangunan infrastruktur sebanyak  RM152.04 juta manakala pembangunan ekonomi sebanyak RM38.2 juta.

Kerajaan Negeri turut menganggarkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM707.81 juta iaitu merangkumi RM318.35 juta bagi emolumen, perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM254.28 juta dan lain-lain perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.

Buat pertama kalinya juga Kerajaan Negeri turut  menyediakan perkhidmatan perlindungan insurans atau takaful berkelompok untuk Ketua Kampung Tradisional dan Kampung Baru dengan peruntukan sebanyak RM100,000 mulai tahun depan.

Sementara itu melalui sudut pembangunan modal insan, Kerajaan Negeri turut memperuntukan sejumlah RM58 juta bagi meneruskan bantuan dermasiswa, peruntukan kepada Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS), pinjaman pendidikan tinggi dan program pengupayaan mahasiswa.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");