Sukan Hari Ini

Misi ubah nasib

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan apa saja untuk menafikan hasrat Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) daripada menempah tiket final Piala TNB apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir kedua, hari ini.

Atas kertas, KLHC dilihat mempunyai kelebihan, tetapi anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin sudah membuktikan kemampuan apabila mengikat kedudukan 1-1 pada aksi pertama kelmarin.

“Untuk esok (hari ini), setiap pemain perlu berhati-hati sebab walaupun pada perlawanan pertama KLHC tidak beraksi baik, saya percaya mereka akan kembali bangkit dengan prestasi dan taktikal lebih berkesan.

“KLHC pasukan berpengalaman dan memahami apa yang perlu dilakukan. Sebab itu saya mahu setiap pemain berhati-hati.
“Mereka perlu menutup segala kelemahan yang boleh memberi ancaman.

“Saya sendiri perlu mencari idea terutama bagi memastikan pemain kembali mempamerkan prestasi sama,” katanya.

Tanpa memiliki barisan import, persembahan TNB sememangnya cukup cemerlang ketika mengekang KLHC dan Nor Saiful sendiri mahu barisan pemain mudanya terus cemerlang hari ini.

“Saya sendiri tak menjangkakan barisan muda ini mampu mempamerkan aksi seimbang dan tidak gentar berdepan KLHC yang menurunkan ramai pemain kebangsaan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");