Sukan Hari Ini

Neuer sertai Messi, Ronaldo pencalonan akhir Ballon D’Or

ZURICH: Manuel Neuer menjadi penjaga gol pertama sejak 2002 tersenarai dalam tiga pencalonan akhir Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA disamping Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Bintang Argentina dan Barcelona, Messi yang juga pemenang empat kali anugerah berprestij itu turut berada dalam senarai akhir buat lapan kali berturut-turut,

Penyerang Portugal dan Real Madrid, Ronaldo dan pemenang pada edisi 2008 serta tahun lalu pula tersenarai buat kali keempat berturut-turut.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew, pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti dan Atletico Madrid, Diego Simeone pula tersenarai untuk anugerah Jurulatih Terbaik.

Majlis gilang gemilang anugerah itu akan dijalankan di Zurich, Switzerland pada 12 Januari ini.

Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) diasaskan pada 1991 dan bergabung dengan Anugerah Bola Sepak Perancis, Ballon D’Or pada 2010.

Penjaga gol Jerman dan Bayern Munich, Neuer membantu negaranya memenangi Piala Dunia tahun ini dan sering kali melakukan dua tugas sebagai pemain ‘kedua’ terakhir di depan penjaga gol untuk menyelamatkan bola di luar kawasan kotak penalti.

Neuer menjadi penjaga gol pertama menyertai senarai tiga pencalonan terakhir anugerah itu selepas rakan senegaranya, Oliver Kahn turut disenarai pada 2002.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon pernah dicalonkan untuk anugerah Ballon D’Or Perancis pada 2006 begitupun ketika itu pencalonan terhad kepada pemain-pemain yang beraksi bersama kelab di Eropah. – Reuters-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");