Sukan Hari Ini

Pastikan bekalan selesa: Teong Kim

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya bekalan dua gol tanpa bolos perlu diterjemahkan skuad negara apabila turun menentang Vietnam pada separuh akhir pertama Piala AFF Ahad ini.

Itu nasihat bekas pemain negara Lim Teong Kim kepada anak buah Dollah Salleh seandainya mahu melangkah ke final saingan serantau itu.

“Bagi saya kemenangan 2-0 selesa dan sudah sebelah kaki ke final. Jika mampu menang 3-0 lebih baik.

“Namun jangan sesekali lawan menjaringkan gol walaupun satu. Jika itu berlaku, keadaan pasti sukar buat skuad negara untuk menghadapi separuh akhir kedua,” katanya yang juga bekas jurulatih skuad remaja kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Skuad negara pernah menentang Vietnam pada separuh akhir Piala AFF 2010 dengan Harimau Malaya menang 2-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum terikat tanpa jaringan untuk aksi timbal balik di tempat lawan.

“Pemain perlu manfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri. Gunakan sebaik mungkin dengan mempamerkan kerjasama sepasukan dan semangat juang tinggi.

“Pemain perlu berani menyerang dan pada masa sama tahu memainkan peranan ketika bertahan kerana lawan mempunyai corak permainan pantas,” katanya.

Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF selaku naib juara Kumpulan B selepas menyingkirkan juara bertahan Singapura untuk mengiringi Thailand sebagai empat pasukan terakhir.

Vietnam pula muncul juara Kumpulan A mengatasi cabaran Filipina, Indonesia dan Laos.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");