Perak Hari Ini, Sukan Hari Ini

Pasukan MB Perak Tewaskan TNB, 5-2

IPOH: Perlawanan Bolasepak persahabatan di antara Pasukan Bola Sepak Menteri Besar menentang Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di Stadium Perak pada Selasa menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir turut beraksi.

Selain Dr Zambry, Pengurus Persatuan Bolas Sepak Perak ( PAFA), Datuk Azhar Ahmad juga tidak ketinggalan turun padang.

Keadaan padang yang becak akibat hujan tidak melemahkan semangat kedua-dua pasukan untuk tampil dengan persembahan masing-masing.

mb skan1

Dalam perlawanan yang bermula sekitar 8.45 malam itu memperlihatkan kelincahan barisan pemain berpengalaman dalam pasukan Menteri Besar yang menjaringkan gol sulung, pada separuh masa pertama.

Kemenangan berpihak kepada pasukan Menteri besar dengan perolehan mata sebanyak 5 mata mengalahkan pasukan TNB yang sekadar selesa dengan 2 jaringan sahaja.

mb skan2

Dr. Zambry juga berjaya menjaringkan 2 gol dan kemenangan berpihak kepada pasukannya.

Perlawanan yang disaksikan hampir 100 penonton itu tamat sekitar jam 10.36 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");