Perak Hari Ini

Peluang Kerjaya Bidang Perubatan Terbuka Luas

IPOH: Kerajaan sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan perkhidmatan dan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang perubatan yang masih diperlukan sehingga ke hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.S.Subramaniam keperluan kepada tenaga kerja dalam perkhidmatan kesihatan masih belum mencukupi bagi memenuhi permintaan masa ini.

Jelasnya kini terdapat peluang pekerjaan yang luas serta permintaan yang tinggi bagi graduan yang berkelulusan dalam bidang berkenaan merangkumi sektor kerajaan dan juga swasta.

“Pusat dialisis memerlukan seseorang jururawat yang mempunyai kepakaran yang menjadi halangan untuk pihak kementerian memberikan lesen kepada pusat dialisis berikutan tiada kepakaran dalam bidang tersebut,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri Majlis konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang  berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan shah dekat Ipoh.

PERAK TODAY 1

Tambahnya lagi, keperluan kepada Pegawai penolong perubatan juga katanya di dalam bahagian unit kecemasan masih memerlukan lebih ramai kakitangan.

“Kerajaan sedang cuba menyediakan tempat latihan perubatan dengan mengambil kira pembinaan dan keperluaannya,” jelasnya lagi.

PERAK TODAY 3Ujarnya lagi, kepakaran bagi sesetengah perkhidmatan dalam bidang kesihatan sangat diperlukan khususnya di kawasan luar bandar.

“Agenda utama kerajaan adalah memberikan perkhidmatan terbaik dan menyediakan sumber manusia yang mencukupi bagi membantu,” katanya.

Seramai 4,697 graduan daripada 33 buah kolej institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia berjaya memperoleh penganugerahan diploma, diploma lanjutan dan sijil bagi kali ke-4 majlis graduasi ILKKM.

Jelasnya, pelatih yang telah menamatkan latihan di ILKKM telah berjaya mengikuti 13 jenis bidang yang ditawarkan seperti diploma lanjutan Gerontologi dan diploma lanjutan Onkologi bagi tahun ini.PERAK TODAY 5

“Terdapat pemberian sijil kepada graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang jururawat yang telah mendapat latihan dan bekerja melalui diploma lanjutan,” katanya.

Bagi konvokesyen kali ini juga melibatkan diploma lanjutan sebanyak dua bidang, meliputi 362 graduan dan sijil pengkhususan sebanyak 28 bidang melibatkan seramai 1,916 graduan.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");