Jenayah

Pendatang asing diberi identiti baharu

KUALA LUMPUR: Sindiket berpangkalan di negara ini bukan sahaja menguruskan penghantaran pulang warga asing, termasuk pendatang asing tanpa izin secara haram, malah turut menyediakan khidmat untuk mereka kembali bekerja di Malaysia.

Kebanyakan warga asing yang menggunakan perkhidmatan sindiket itu turut diberikan identiti baharu untuk kembali ke negara ini.

Seorang wanita warga Indonesia mendedahkan dia sudah tiga kali dihantar pulang dari negara ini dalam tempoh sedekad, namun kembali semula menggunakan identiti baharu.

SURAT NIKAH

Wanita dikenali Hartini, 43, berkata melalui khidmat sindiket, dia boleh masuk ke negara ini kali ketiga selepas disenarai hitam kerana salah guna pas dengan bayaran RM1,000 kepada sindiket.

Katanya, selepas disenarai hitam dia menggunakan sindiket untuk menguruskannya kembali ke Malaysia, termasuk menyediakan pasport palsu dengan maklumat peribadi orang lain.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");