Berita Hari Ini

Penemuan Ikan Tilapia Diberi Makan Babi

KUBU GAJAH : Julai lalu, negara digemparkan dengan penemuan tulang yang disahkan babi dalam sebuah kolam di Jalan Ipoh-Batu Gajah dekat Ipoh selepas tersebarnya lima keping foto di laman sosial.

Kini gambar bangkai yang dipercayai babi diletakkan di tengah-tengah kolam ternakan ikan tilapia pula menjadi viral di internet.

Kolam ikan yang terletak di Bukit Tinggi, Redang Panjang, di sini itu dimuat naik dalam laman Facebook oleh seorang individu.

Sebaik mendapat tahu mengenainya, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Perak, pentadbir daerah Selama dan polis segera menyerbu lokasi itu semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr Bah Piyan Tan berkata, pihaknya sudah pun mengambil sampel ikan di kolam berkenaan untuk dianalisis.

Katanya, antara sampel diambil termasuk enam ekor ikan tilapia dan enam ekor ikan baung yang terdapat dalam kolam itu.

“Sampel yang kita ambil akan dianalisis dan dihantar ke Jabatan Kimia. Kita akan beritahu hasilnya selepas keputusan diterima,” katanya, semalam.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");