Berita Hari Ini

Pengagihan BR1M 4.0 akan bermula akhir Januari 2015 – Ahmad Husni

TELUK INTAN: Pengagihan pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 akan dilaksanakan bermula pada akhir Januari tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tarikh tutup permohonan dan kemaskini maklumat penerima BR1M ditutup pada akhir bulan ini, dan selepas itu semua permohonan akan dinilai sebelum pengagihan bantuan dibuat paling awal hujung Januari ini.

“Orang ramai yang masih belum memohon boleh melakukannya sebelum hujung bulan ini dan bagi penerima lama pula, mereka dikehendaki mengemaskini maklumat termasuk bagi kes penerima yang sudah meninggal dunia, bagi membolehkan waris menerimanya.

“Selepas tarikh permohonan ditutup, semua permohonan baru akan dinilai sama ada layak atau tidak menerima BR1M 4.0, manakala bagi pemohon yang masih tidak mempunyai akaun bank diminta segera melakukannya bagi memudahkan pembayaran dibuat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");