Sukan Hari Ini

Pengalaman bukan ukuran

Kuala Lumpur: Bukan saja penggiat sukan gusti lengan berpengalaman, malah mereka yang berminat juga dipelawa menyertai pertandingan gusti lengan Karnival Harian Metro Padat 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam hujung minggu ini.

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,600 menanti juara hingga pemenang keempat menerusi lima kategori dipertandingkan.

Mereka yang tidak berpengalaman atau pertama kali mencuba tidak perlu bimbang kerana pihak teknikal pertandingan akan melakukan taklimat dan demonstrasi sebelum kejohanan bermula.

Peserta akan diberi penerangan mengenai cara perlawanan dijalankan, peraturan dan sebagainya.

Malah mereka juga berpeluang bertanya dengan lebih lanjut mengenai sebarang masalah atau perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada pihak teknikal sebelum pertandingan bermula.

Pertandingan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini terbuka kepada mereka yang berminat sama ada warganegara atau rakyat asing.

Saingan Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 23 Tahun akan berlangsung pada Sabtu dengan pendaftaran bermula jam 8.30 pagi.

Terbuka Lelaki membabitkan kategori 85kg ke atas, 75kg hingga 85kg dan 75kg ke bawah pula akan dilangsungkan pada Ahad dengan pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi.

Hanya yuran RM15 dikenakan bagi setiap penyertaan bagi Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 23 Tahun manakala RM20, Terbuka Lelaki.

Borang penyertaan boleh diperoleh pada hari pertandingan dengan mengemukakan keratan kepala akhbar (mast head) Harian Metro atau Metro Ahad.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Azlan di talian 011-23460985.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");