Jenayah

Penolong Pegawai Tanah Mengaku Terima Suapan RM7,572

IPOH – Seorang Penolong Pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini tadi atas lima pertuduhan menerima suapan bernilai RM7,572 dari dua usahawan syarikat pasir sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Sharwani Ramli, 35, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Muhammad Sharwani didakwa menerima lima suapan terbabit sejak tahun 2011 hingga tahun 2012 daripada Hoong Chee Mun bagi tidak mengambil tindakan terhadap kerja pengambilan pasir.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Madihah menangguhkan prosiding dengan menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh untuk hukuman. –

-KOSMO-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");